Rabu, 16 Oktober 2013

Inilah Tanda Tanda 100 Hari Sebelum Kematian

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada
hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka
yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua
orang Islam akan mendapat tanda ini cuma
samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda
ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga
ke hujung kaki akan mengalami getaran atau
seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana jika
diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati
daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang
sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini
adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti
dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran
tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran
atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan
tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
manfaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda
ini maka ini adalah peluang terbaik untuk
memanfaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan
yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.
TANDA 100 HARI
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada
hambanya dan hanya akan disadari oleh mereka-
mereka yang dikehendakinya. Tanda ini akan
terjadi biasanya setelah waktu Asar. Seluruh
tubuh mulai dari ujung rambut hingga ke ujung
kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan
mengigil.
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada
ketika ini daun yang tertulis nama kita akan
gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy
Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat persediaannya ke
atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut
ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu
dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan
merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma
seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa
adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang
akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada
mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di
mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-
tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian
tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan
kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita
tidak mengandungi banyak najis dan ini akan
memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata
hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang
yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh
dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana
bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk
ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar
ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita
akan merasakan satu denyutan di sebelah
belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat
dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini
hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah
dan berdiam diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita kembali
kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita
dan sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak.
Forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.
Saling berpesan2lah sesama kita........ .
LIMA MACAM DOSA yang tidak ada tebusannya
iaitu:
SYIRIK terhadap Allah s.w.t
MEMBUNUH orang tanpa hak
Membuat TUDUHAN PALSU terhadap seorang
Muslim
LARI DARI BARISAN Muslimin dalam
PEPERANGAN
Membuat SUMPAH PALSU untuk MENGAMBIL
HAK ORANG LAIN"
(Hadith Riwayat Ahmad)
DOSA - DOSA BESAR YANG KITA LAKUKAN
Dosa yang paling besar ialah SYIRIK, DERHAKA
kepada ibu bapa dan MEMBUNUH orang tanpa
hak" (Riwayat Anas r.a.)
SEMBAHYANG LIMA WAKTU
Ada riwayat : Nabi SAW bersabda bahawa
SEMBAHYANG itu adalah perkara pertama yang
akan dihisab semasa di Akhirat kelak!!! Jika BAIK
maka baiklah segala amalan!!! Jika BURUK maka
buruklah segala amalan!!! JAGALAH
SEMBAHYANG ITU IBARAT NYAWA KAMU
SENDIRI!!!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar